Lawatan Ke Loji Air Kelantan

Pada 13hb April 2009, Pihak MTS telah menghantar ahli persatuan kelab Sains dan Matematik seramai 46 orang. Diiringi oleh dua orang guru iaitu Teacher Meriam bte Ismail dan Ustaz Shafawi bin Salleh. Lawatan ini adalah demi memenuhi jemputan pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) untuk mempamerkan loji rawatan air di Bukit Merbau, Machang.

Program bermula dengan perasmian majlis oleh Menteri Besar Kelantan, iaitu Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Selepas itu penyerahan cek oleh pihak NGO kepada AKSB. Akhirnya pelajar di bawa melihat kawasan loji berkenaan.

 

SEDIKIT INFO BERKAITAN AIR KELANTAN SDN BHD

Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil keputusan untuk menswastakan pengurusan bekalan air di Negeri Kelantan pada 25 Februari 1995. Kerajaan Negeri melalui Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) dengan Thames Water PLC telah menubuhkan sebuah syarikat usahasama iaitu Kelantan Water (Malaysia) Sdn Bhd (KWSB) dengan pemilikan saham sebanyak 70% oleh Thames Water (Malaysia) Sdn Bhd 30% lagi oleh YAKIN. KWSB mengendalikan bekalan air sedia ada, perawatan air dan sistem pembekalan termasuklah mengeluarkan bil dan mengutip hasil dan memajukannya bagi memenuhi keperluan penduduk Negeri Kelantan selama 25 Tahun.

Walau bagaimanapun, perjanjian PPBA telah dimansuhkan pada 29 April 1999 berikutan langkah Thames Water (Malaysia) Sdn. Bhd menjual keseluruhan 70% sahamnya dalam KWSB kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Bermula pada 29 April 1999, Syarikat KWSB telah ditukar kepada AIR KELANTAN Sdn Bhd (AKSB). Pertukaran ini adalah disebabkan berlakunya pemilikan saham sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan sebanyak 100%. Akibat pembelian saham ini AKSB merupakan sebuah syarikat swasta yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Kelantan dan dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

 

Terdapat sepuluh jajahan yang telah beroperasi di Kelantan iaitu termasuk jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Tumpat, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang. Bagi jajahan Kota Bharu ia telah dibahagikan kepada tiga zon iaitu utara, timur dan selatan.

 

Pihak AKSB bertanggungjawab dalam mengendalikan pengurusan pembekalan air di seluruh negeri Kelantan di samping rawatan air dan mengendalikan sistem pengagihan serta memastikan air yang dibekalkan oleh pihak AKSB adalah bersih dan terjamin dengan peningkatan kuantiti dan kualiti air yang akan digunakan oleh penduduk Negeri Kelantan. AKSB juga turut mengendalikan pembayaran bil-bil air dan pemungutan hasil air di seluruh jajahan untuk rakyat negeri Kelantan. Selain itu AKSB juga mengendalikan 30 buah loji air dan berupaya menghasilkan air sebanyak 230 juta liter air setiap hari untuk pelbagai kegunaan penduduk Kelantan.

 

Klik banner galeri untuk melihat lebih byk gambar aktivti
  • Tiada komen
Tambah komen

Aktiviti

MINGGU HALUAN HUFFAZ (MAHA 2015)

MINGGU HALUAN HUFFAZ (MAHA 2015)


Tarikh       : 19-23 Rabiul Awal 1436H bersamaan 10-14 Januari 2015 Hari…

Program Tahsinul Qiraah Dan Anak Angkat Di Perkampungan Saudara Baru Sarawak

Program Tahsinul Qiraah Dan Anak Angkat …


Maahad Tahfiz Sains Tumpat telah mengadakan satu lawatan ke negeri Sarawak bagi mengisi aktiviti program se…

Mukhayyam Qurani 2018

Mukhayyam Qurani 2018


    Mukhayyam Qurani tahun ini telah diadakan di D' Geting Beach Resort, Pantai Getin…