Seuntai Kata Selembut Bicara

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله الطيبين الطاهرين ومن تبعهم إلى يوم الدين. وبعد..

          Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi dengan dengan izin dan pertolongan dari-Nya Portal Rasmi Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin dapat beroperasi dengan jayanya selari dengan tuntutan dunia global yang tiada sempadan.

 

          Terlebih dahulu saya sebagai wakil Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin mengalu-alukan dan berasa bangga dengan kesudian Tuan/Puan mengunjungi Portal Rasmi kami ini. Semoga segala maklumat dan hebahan yang dimuatkan di dalam Portal Rasmi ini dapat membantu dan memberi ruang kepada pengunjung lebih mengenali Maahad ini.

 

          Usaha ini adalah selari dengan galakan dan penekanan strategik yang dibawa oleh arus ICT perdana dalam segenap sektor termasuk bidang pendidikan. Oleh itu, Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin tidak mensia-siakan ruang yang ada ini untuk meningkatkan mutu penyampaian e-pengguna kepada pelawat di atas talian.

 

          Saya amat mengalu-alukan maklum balas daripada Tuan/Puan supaya kandungan Portal Rasmi ini dapat dipertingkatkan agar ianya mampu menjana sumber maklumat penting dan memenuhi aspirasi semua. Sila kemukakan aduan, cadangan atau pertanyaan melalui aplikasi interaktif yang disediakan di Portal Rasmi ini.

 

Sekian, terima kasih.

 sign_mudir_safie

HJ MOHD SAFIE BIN HJ ISMAIL

Pengetua,

Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin

Visi & Matlamat

VISI

 

"Melahirkan Para Huffaz Yang Berketerampilan Menjelang 2015"

 

MATLAMAT MTST

 

Penubuhan MTST ini adalah untuk merialisasikan matlamat pendidikan Yayasan Islam Kelantan dan selaras dengan matlamat serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna yang mempunyai ciri-ciri sperti berikut:

 

  1. Beriman kepada Allah s.w.t dan rukun-rukun iman yang lain
  2. Berilmu pengetahuan
  3. Berakhlak mulia
  4. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
  5. berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara
  6. memiliki keperibadian yang seimbang dan sepadu

 

Sekilas Sejarah Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin

Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin Tumpat (MTST) adalah salah sebuah sekolah kawalan di bawah seliaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah diluluskan penubuhannya di dalam Mesyuarat Lembaga YIK 4/2003 bertarikh 10 Ramadhan 1424 Hijrah bersamaan 5 November 2003.

 

MTST ini merupakan maahad aliran tahfiz yang kedua selepas Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat yang terletak di Pulai Chondong. Namun hala tuju dan konsepnya adalah berbeza, dimana Maahad Tahfiz Sains memberi penekanan kepada pengajian Tahfiz Al-Quran dan sains.

 

Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin telah beroperasi semenjak tahun 2004 dengan menumpang sementara di Maahad Muhammadi Lelaki/Perempuan kemudian berpindah ke tapak sekarang yang merupakan bekas tapak SMU (A) Bustanul Arifin, Berangan.

 

Sukatan Pelajaran Maahad Tahfiz Sains Tumpat

Ringkasan sistem pembelajaran:

Secara ringkasnya, sistem pembelajaran yang diguna pakai di Maahad Tahfiz Sains Tumpat adalah menggabungkan tiga sistem iaitu pengajian ilmu-ilmu al-Quran, ilmu diniah (arab & agama) dan ilmu akademik.

Selain daripada menghafaz 30 juzuk Al Quran, ilmu-ilmu pengajian Al-Quran adalah merangkumi ilmu qiraat, tajwid dll.

Manakala ilmu diniah diajar berasaskan sukatan universiti Al Azhar, Mesir yang telah disusun semula oleh Yayasan Islam Kelantan. Matapelajaran ini termasuk ilmu feqah, tauhid, hadis, mutalaah yang diajar dalam bahasa arab.

Sukatan akademik pula adalah berasaskan KBSM seperti mana yang diajar di sekolah menengah kebangsaan yang lain. Matapelajaran yang diajar adalah 9 sukatan matapelajaran untuk PMR seperti matematik, bahasa inggeris dan sains.

Selepas tamat tingkatan 3 dan menduduki PMR pelajar-pelajar ini akan diserap ke Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dan seterusnya menduduki SMU di tingkatan 4 dan SPM.

** Nota : MTST hanya menawarkan pengajian hingga ke tingkatan 3

Syarat kemasukan ke Maahad Tahfiz Sains

Syarat Permohonan dan Kelayakan:

Permohonan adalah terbuka kepada semua murid yang tamat sekolah rendah atau yang setaraf dengannya. Walaubagaimana pun, keutamaan diberikan kepada murid yang mendapat keputusan UPSR sekurang-kurangnya 4A 1B. Sesi temuduga akan dijalankan kepada murid yang layak.

Borang kemasukan pelajar baru akan dikeluarkan oleh Yayasan Islam Kelantan selepas peperiksaan UPSR. Borang tersebut boleh didapatkan di pejabat Yayasan Islam Kelantan atau di pejabat Maahad Tahfiz Sains Tumpat dan lain-lain sekolah Maahad Tahfiz Sains kelolaan YIK..

Aktiviti

Lawatan Ke Loji Air Kelantan

Lawatan Ke Loji Air Kelantan


Pada 13hb April 2009, Pihak MTS telah menghantar ahli persatuan kelab Sains dan Matematik seramai 46 orang…

Demonstrasi Untuk Palestin


Pada 18hb Januari, satu demonstarasi protes membantah serangan Yahudi ke atas umat Islam Palestin telah dia…

Hari Keluarga MTS 2010


Tanggal 16-17 jun 2010, Mts berjaya mengadakan Hari Keluarga di Permai Calet Melawi dengan pelbagai aktivit…

Sumbangan