MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN KEPIMPINAN MTSBA 2019

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN KEPIMPINAN MTSBA 2019

Satu majlis telah diadakan untuk membuat perlantikan bagi kepimpinan peringkat pelajar MTSBA 2019. Majlis tersebut berlangsung pada 21 Jamadil Awwal 1440 bersamaan 27 Januari 2019 bertempat di dewan MTSBA dan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Supt Abdul Rashid Bin Mat Daud Ketua Polis Daerah Tumpat.

Pengetua yang mengiringi Yang Berbahagia Supt Abdul Rashid Bin Mat Daud Ketua Polis Daerah Tumpat untuk menyampaikan watikah perlantikan kepada Ajk Badan Disiplin merangkap Pengawas Sekolah, Ajk Badan Asrama merangkap Pengawas Asrama, Ajk Badan Dakwah, Ajk Badan Kaunseling dan juga ketua dan penolong ketua kelas.

Selepas watikah perlantikan selesai dianugerahkan, Ketua Pelajar merangkap Ketua Pengawas mengetuai para penerima anugerah perlantikan untuk membacakan ikrar kepimpinan di hadapan tetamu dan pentadbir sekolah.

Harapan warga MTSBA semoga semua permata yang lahir dari MTSBA berjaya menjadi seorang pemimpin bertaqwa untuk memimpin diri sendiri, keluarga, masyarakat dan ummah kearah yang lebih gemilang.

Komen (0) Dibaca: 209

MAJLIS GRADUASI HUFFAZ YAYASAN ISLAM KELANTAN 2018

Majlis Graduasi Huffaz Yayasan Islam Kelantan 2018

Majlis Graduasi Huffaz Yayasan ISlam Kelantan 2018 telah berlangsung dengan jayanya pada tanggal 16 Jamadil Awwal 1440 bersamaan 22 Januari 2019 bertempat di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK). Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Bentara Kanan Ustaz Hj. Ahmad Bin Yaakob Menteri Besar Negeri Kelantan Darul Naim. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan, Pengarah-pengarah Jabatan, Pengetua-pengetua Sekolah Yayasan Islam Kelantan, guru-guru pengiring dan juga yang paling berbahagia ibu dan ayah para huffaz yang diraikan.

 

 

Wakil penerima anugerah dari MTSBA ialah seramai 15 orang huffaz dan juga 2 orang peserta syahadah kategori 10 juzu'. Manakala penerima anugerah keseluruhan pada majlis tersebut seramai 288 orang huffaz merangkumi 9 buah sekolah tahfiz di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan.

 

Dengan adanya majlis sambutan seumpama ini untuk meraikan para huffaz yang bertungkus lumus menyemat al-Quran di dalam dada lebih menyerlahkan lagi permata-permata ini di tengah masyarakat dan menyuburkan lagi al-Quran di dalam masyarakat.

 

Komen (0) Dibaca: 264

'IDUL QURRA' 2018

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA PERINGKAT MTSBA 2018

 

Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu majlis rasmi tahunan Unit Al-Quran MTSBA untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah khatam hafazan al-Quran 30 juzuk semasa berada di MTSBA. Pengiktirafan ini adalah sebagai sokongan, galakan dan motivasi kepada pelajar untuk lebih mendekati al-Quran walaupun telah khatam hafazan 30 juzuk al-Quran.

 

Memupuk kecintaan dan minat terhadap al-Quran merupakan salah satu agenda untuk menghidupkan syiar Islam di samping menjadikan program ini sebagai panduan untuk mengkhatamkan al-Quran  dengan betul mengikut ajaran Islam demi manfaat bersama khususnya pelaja-pelajar hafiz yang telah khatam hafazan al-Quran.

Majlis berlangsung sebagaimana berikut :

Tarikh             : 27 Rabiul Awwal 1440 bersamaan 5 Disember 2019

Masa              : 9.00 pagi

Tempat          : Dewan besar MTSBA

Bil. Pelajar    : 15 orang

 

OBJEKTIF MAJLIS

- Mendorong pelajar agar dapat meningkatkan kualiti bacaan masing-masing dan dapat dijaga dengan baik.

- Memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah tamat hafazan al-Quran lebih awal daripada sukatan semasa.

- Menarik minat kepada pelajar lain untuk lebih bersungguh-sungguh menamatkan hafazan.

- Mendedahkan kepada pelajar kaedah majlis khatam al-Quran yang lebih rasmi.

- Memupuk sikap yakin diri dengan hafalan apabila berada di dalam masyarakat.

- Melahirkan pelajar yang cemerlang dan celik ilmu al-Quran.

- Mengeratkan hubungan kekeluargaan antara warga MTST dan juga ibu bapa.

 

BIL

NAMA PELAJAR

TING

 
 

1

MOHAMAD AIMAN BIN MOHD SUKI

3IR

 

2

MUHAMMAD MU’AZ ARIFF BIN MAZLAN

3IK

 

3

MUHAMMAD HAFIZUL AIMAN BIN MAHADIN

3IS

 

4

MUHAMMAD ‘AQEEL BIN MOHD ZUHAIRI

3IR

 

5

MUHAMMAD DANISH BIN MAHADI

3IK

 

6

MUHAMMAD BIN AHMAD LUTFI

3IK

 

7

MUHAMMAD ADIB BIN MUHAMMAD IZAMUDDIN

3IR

 

8

IZZAT ZAKWAN BIN ABDUL SALAM

3IK

 

9

NIK MUHAMMAD IDHAM FIKRI BIN SULAIMIN

3IS

 

10

MUHAMMAD ADIB BIN NORZU

3IR

 

11

MUHAMMAD AMIR HAZIQ BIN MAZLAN

3IS

 

12

MUHAMMAD NAFIS MUQRI BIN MOHD ZAINUDDIN

3IR

 

13

MUHAMMAD DANISH HAKIM B. MAZRI

3IR

 

14

ALIFF SYAFWAN BIN MOHD SAFARWI

3IK

 

15

MUHAMMAD FAKHRUDDIN BIN CHE ROSBI

3IR

 

16

SYIMIR FARHAN BIN SAMSUDDIN

3IR

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Semoga program yang telah dijayakan ini berjalan di atas keredaan daripada Allah s.w.t. Natijahnya agar memberi sedikit sumbangan ke arah melahirkan generasi yang celik al-Quran dan hidup bersama al-Quran. Sekalung ucapan jutaan terima kasih kami dahulukan kepada semua pihak yang telah membantu bagi melihat program ini berjalan dengan lancar dan semoga usaha bersama ini dapat memberi impak positif untuk generasi tunas Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Berangan, Tumpat.

 

 

Komen (0) Dibaca: 456

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-12

JEMPUTAN KEPADA SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA BAGI PELAJAR-PELAJAR MTST UNTUK HADIR KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-12

Tarikh  : 28 Safar 1440 bersamaan 6 November 2018

Hari  : Selasa

Jam  : 8.30 pagi

Tempat  : Dewan sebaguna MTST

 

Majlis akan dirasmikan oleh Yb Ustaz Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan.

 

Diharap dengan kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan lagi majlis tersebut. Kerjasama kita semua untuk kecemerlangan para pelajar demi melihat cahaya kegemilangan ummah.

Komen (0) Dibaca: 400

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG MTST KE-12

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG MTST KALI KE-12

Pihak kami dengan ini menjemput Dato’/Datin/tuan/puan hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Dan Sumbangan Dana Tabung Kebajikan PIBG Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin Berangan, Tumpat. Butiran majlis adalah  sebagaimana berikut:                                 

Jam                              : 8.30 pagi

Tarikh                          : 28 Safar 1440, bersamaan: 6 November  2018 (Selasa)

Tempat                        : Dewan Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin

3.         Usul mesyuarat tersebut hendaklah sampai kepada Setiausaha Kehormat PIBG melalui serahan tangan, pos atau fax sebelum atau pada29 Oktober 2018

Segala kerjasama Dato’/Datin/Tuan/Puanmenghadiri majlis tersebut, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Komen (0) Dibaca: 685

Aktiviti

MAJMUK Himpun Pelajar Baru 2009

MAJMUK Himpun Pelajar Baru 2009


4 Januari 2009 - Maahad Tahfiz Sains telah membuka lembaran baru untuk 32 orang pelajar tingkatan satu. Jum…

Demonstrasi Untuk Palestin


Pada 18hb Januari, satu demonstarasi protes membantah serangan Yahudi ke atas umat Islam Palestin telah dia…

Kem Al-Quran Dan Bahasa Arab (KADA 2013)

Kem Al-Quran Dan Bahasa Arab (KADA 2013)


Kem Al-Quran & Bahasa Arab (KADA 2013) ini diadakan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran …