MAJLIS GRADUASI HUFFAZ YAYASAN ISLAM KELANTAN 2018

Majlis Graduasi Huffaz Yayasan Islam Kelantan 2018

Majlis Graduasi Huffaz Yayasan ISlam Kelantan 2018 telah berlangsung dengan jayanya pada tanggal 16 Jamadil Awwal 1440 bersamaan 22 Januari 2019 bertempat di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK). Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Bentara Kanan Ustaz Hj. Ahmad Bin Yaakob Menteri Besar Negeri Kelantan Darul Naim. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan, Pengarah-pengarah Jabatan, Pengetua-pengetua Sekolah Yayasan Islam Kelantan, guru-guru pengiring dan juga yang paling berbahagia ibu dan ayah para huffaz yang diraikan.

 

 

Wakil penerima anugerah dari MTSBA ialah seramai 15 orang huffaz dan juga 2 orang peserta syahadah kategori 10 juzu'. Manakala penerima anugerah keseluruhan pada majlis tersebut seramai 288 orang huffaz merangkumi 9 buah sekolah tahfiz di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan.

 

Dengan adanya majlis sambutan seumpama ini untuk meraikan para huffaz yang bertungkus lumus menyemat al-Quran di dalam dada lebih menyerlahkan lagi permata-permata ini di tengah masyarakat dan menyuburkan lagi al-Quran di dalam masyarakat.

 

  • Tiada komen
Tambah komen

Aktiviti

Memorial Sang Murabbi 2011

Memorial Sang Murabbi 2011


Alumni MTST 2010 telah mengadakan suatu program dalam rangka untuk menzahirkan rasa rindu kepada warga MTST…

Malam Kesenian Islam MTST 2011

Malam Kesenian Islam MTST 2011


MTST - Tanggal 25 April 2011, Unit Asrama MTST telah menganjurkan satu program yang diberikan nama Malam Ke…

Sambutan Hari Raya Aidifitri 2018

Sambutan Hari Raya Aidifitri 2018


  Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 peringkat sekolah telah diadakan pada 5 Julai 2018 berte…

Sumbangan