Sekilas Sejarah Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin

Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin Tumpat (MTST) adalah salah sebuah sekolah kawalan di bawah seliaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah diluluskan penubuhannya di dalam Mesyuarat Lembaga YIK 4/2003 bertarikh 10 Ramadhan 1424 Hijrah bersamaan 5 November 2003.

 

MTST ini merupakan maahad aliran tahfiz yang kedua selepas Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat yang terletak di Pulai Chondong. Namun hala tuju dan konsepnya adalah berbeza, dimana Maahad Tahfiz Sains memberi penekanan kepada pengajian Tahfiz Al-Quran dan sains.

 

Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin telah beroperasi semenjak tahun 2004 dengan menumpang sementara di Maahad Muhammadi Lelaki/Perempuan kemudian berpindah ke tapak sekarang yang merupakan bekas tapak SMU (A) Bustanul Arifin, Berangan.

 

Aktiviti

Memorial Sang Murabbi 2011

Memorial Sang Murabbi 2011


Alumni MTST 2010 telah mengadakan suatu program dalam rangka untuk menzahirkan rasa rindu kepada warga MTST…

Tadarus Al-Quran di Qaryah Ramadhan

Tadarus Al-Quran di Qaryah Ramadhan


KOTA BHARU, 24 Ogos: Seramai 16 orang pelajar MTST telah berjaya mengkhatamkan al-Quran pada awal pagi in…

Kebersihan Sebahagian Daripada Keimanan

Kebersihan Sebahagian Daripada Keimanan


MTST 7 APRIL - Unit Kebersihan Dan Keceriaan MTST telah mengambil langkah dalam menceriakan suasana dan per…

Sumbangan