c3c5c4c6 f dec f reset f inc
Khamis, 21 Mac 2019
. bersamaan 14 Rajab 1440

Laporan Aktiviti

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Kepimpinan MTSBA 2019

Kategori: Aktiviti Sekolah

WATIKAH3

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN KEPIMPINAN MTSBA 2019

Satu majlis telah diadakan untuk membuat perlantikan bagi kepimpinan peringkat pelajar MTSBA 2019. Majlis tersebut berlangsung pada 21 Jamadil Awwal 1440 bersamaan 27 Januari 2019 bertempat di dewan MTSBA dan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Supt Abdul Rashid Bin Mat Daud Ketua Polis Daerah Tumpat.

Majlis Graduasi Huffaz Yayasan Islam Kelantan 2018

Kategori: Aktiviti Sekolah

graduasi1

Majlis Graduasi Huffaz Yayasan Islam Kelantan 2018

Majlis Graduasi Huffaz Yayasan Islam Kelantan 2018 telah berlangsung dengan jayanya pada tanggal 16 Jamadil Awwal 1440 bersamaan 22 Januari 2019 bertempat di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK). Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Bentara Kanan Ustaz Hj. Ahmad Bin Yaakob Menteri Besar Negeri Kelantan Darul Naim. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan, Pengarah-pengarah Jabatan, Pengetua-pengetua Sekolah Yayasan Islam Kelantan, guru-guru pengiring dan juga yang paling berbahagia ibu dan ayah para huffaz yang diraikan. 

'IDUL QURRA' 2018

Kategori: Aktiviti Sekolah

khatam3

 

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA PERINGKAT MTSBA 2018

 Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu majlis rasmi tahunan Unit Al-Quran MTSBA untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah khatam hafazan al-Quran 30 juzuk semasa berada di MTSBA. Pengiktirafan ini adalah sebagai sokongan, galakan dan motivasi kepada pelajar untuk lebih mendekati al-Quran walaupun telah khatam hafazan 30 juzuk al-Quran.

Mukhayyam Qurani 2018

Kategori: Aktiviti Sekolah

Mukhayyam Qurani tahun ini telah diadakan di D' Geting Beach Resort, Pantai Geting, Tumpat bermula pada 26-28 Ogos 2018. Program ini melibatkan semua pelajar Maahad Tahfiz Sains Tumpat.

mukhayyam1 

Sambutan Hari Raya Aidifitri 2018

Kategori: Aktiviti Sekolah

hari raya

 

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 peringkat sekolah. Sambutan ini diadakan pada 5 Julai 2018 bertempat di Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Berangan, Tumpat. Antara aktiviti yang diadakan pada sambutan tersebut adalah persembahan daripada pelajar-pelajar mewakili setiap kelas. Upacara berlangsung dengan jayanya.

Hubungi Kami

Alamat : MAAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL ARIFIN
BERANGAN 16200, TUMPAT, KELANTAN.
Telefon : 09-7960130 / 09-7258979
Fax : 09-7960136 / 09-7255979
Email : mtstumpat(a)yik.edu.my
qr
  • Tarikh Kemaskini: Sabtu 16 03 2019.
Don't have an account yet? Register Now!

Log masuk ke akaun