Program Motivasi: Student Fighter - V.A.K Learning Style

Laporan Aktiviti
13 April 2019

motivasi vak

 

Jumaat, 12 April- Telah berlangsung satu program motivasi di Masjid Tok Guru Kob, Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin dengan membawa tajuk Student Fighter-V.A.K Learning Style yang telah dianjurkan oleh Unit Kaunseling sekolah.

Penceramah jemputan ialah Abi Saif Al-Anuar, beliau merupakan pakar motivasi yang terkenal dalam bidang psikologi.  Tujuan program motivasi ini dilaksanakan adalah untuk mengisi masa terluang pelajar pada hujung minggu serta bertujuan memberi galakan kepada pelajar agar memaksimalkan potensi  dalam pembelajaran. Selain itu, tujuan program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar supaya belajar tanpa stress serta menyedari teknik belajar yang betul. Program ini berlangsung dengan jayanya dan telah tamat jam 11 malam.

Komen (0)

Tiada komen untuk dipaparkan.

Tinggalkan komen

Komen sebagai tetamu.
0 Characters
Attachments (0 / 3)
Share Your Location