1 2 3 4 4 A
Jumaat, 19 April 2019
. bersamaan 13 Sha'aban 1440
  •  +6 097258979
  •  mtstumpat@yik.edu.my
  •  

Syarahan Bahasa Melayu MTSBA Menduduki Tempat Ketiga Peringkat Zon 3

Berita dan Makluman
13 April 2019

ketiga bm zon3

 

Khamis, 4 April- MTSBA berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu peringkat zon 3. Pertandingan telah dilaksanakan di SABK (A)  Tarbiah Mardziah Kubang Batang. Syarahan Bahasa Melayu dari MTSBA diwakili oleh Amar Basheer bin Zawawi, merupakan pelajar tingkatan tiga. Guru pembimbing bagi syarahan bahasa melayu ialah Puan Anis Farhana binti Izani.

Rangkul Johan Saringan 1 Kuiz Math Dan Sains ZON 3

Berita dan Makluman
08 April 2019

johan kuiz m3

 

Isnin, 8 April- MTSBA sekali lagi berjaya merangkul gelaran johan bagi pertandingan Kuiz Math dan Sains peringkat Zon 3. Pertandingan ini dipertandingkan antara sembilan sebuah sekolah jajahan Tumpat (Zon 3)  di SABK Al-Ulum Padang Embun. Pertandingan suku akhir akan berlangsung pada 17 April 2019 bertempat di SMU(A) Meheliah Geting. Warga MTSBA mendoakan agar kemenangan berjaya menjadi milik MTSBA.

Portal MTSBA Berwajah Baru

Berita dan Makluman
12 Mac 2019

Portal telah dinaik taraf dan berwajah baru. Ini disebabkan oleh faktor semasa yang mana sebahagian pelawat kini menggunakan telefon pintar untuk melayari portal ini. Jadi ia telah dinaik taraf ke versi terkini dan menggunakan reka bentuk baru yang lebih mesra kepada pengguna.

mtst lama

(Portal MTST yang lama)

Hubungi Kami

MAAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL ARIFIN
BERANGAN 16200, TUMPAT, KELANTAN.

   09-7960130 / 09-7258979
   09-7960136 / 09-7255979
   mtstumpat(a)yik.edu.my

qr

PENAFIAN : Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman web ini.

  • Tarikh Kemaskini :       Khamis, 18 Apr 2019.
Don't have an account yet? Register Now!

Log masuk