c3c5c4c6 f dec f reset f inc
Khamis, 21 Mac 2019
. bersamaan 14 Rajab 1440

Berita & Pengumuman

Portal MTSBA Berwajah Baru

Kategori: Berita dan Makluman

Portal telah dinaik taraf dan berwajah baru. Ini disebabkan oleh faktor semasa yang mana sebahagian pelawat kini menggunakan telefon pintar untuk melayari portal ini. Jadi ia telah dinaik taraf ke versi terkini dan menggunakan reka bentuk baru yang lebih mesra kepada pengguna.

mtst lama

(Portal MTST yang lama)

Jemputan Ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12

Kategori: Berita dan Makluman

banner pibg12

JEMPUTAN KEPADA SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA BAGI PELAJAR-PELAJAR MTST UNTUK HADIR KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-12

Tarikh  : 28 Safar 1440 bersamaan 6 November 2018

Hari  : Selasa

Jam  : 8.30 pagi

Tempat  : Dewan sebaguna MTST

Jemputan Ke Majlis Penyerahan Slip Percubaan PT3 Sesi 2017

Kategori: Berita dan Makluman

Sukacita dimaklumkan Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin akan mengadakan Majlis Motivasi Ibu Bapa dan Pelajar serta penyerahan slip keputusan peperiksaan percubaan PT3. Atur cara majlis sebagaimana berikut:

Tarikh           : 17 September 2017 (Ahad)

Masa            : 8.30 hingga 10.30 pagi

Pendaftaran : 8.00 hingga 8.30 pagi

Tempat         : Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin

 

Sehubungan dengan itu,  tuan/puan dijemput hadir bagi memberi sokongan kepada anak-anak di majlis berkenaan.

 

Atas kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Jemputan Mesyuarat Agung PIBG Ke 11

Kategori: Berita dan Makluman

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

  1. Pihak kami dengan ini menjemput Dato’/Datin/tuan/puan hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Dan Jamuan Makan Sambil Menderma Bagi Menyiapkan Dewan Serbaguna Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin Berangan, Tumpat. Butiran majlis adalah  sebagaimana berikut:

Jam                        : 8.30 pagi

Tarikh                     : 26 Zulkaedah 1438, bersamaan: 19 Ogos  2017 (Sabtu)

Tempat                  : Dewan Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin

  1. Usul mesyuarat tersebut hendaklah sampai kepada Setiausaha Kehormat PIBG melalui serahan tangan, pos atau fax sebelum atau pada16 Ogos 2017

Segala kerjasama Dato’/Datin/Tuan/Puanmenghadiri majlis tersebut, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian , wassalam.

# MEMBINA GENERASI AL-QURAN #

Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017

Kategori: Berita dan Makluman

Pihak kami memohon ribuan kemaafan di atas kelewatan keputusan peperiksaan dapat diumumkan atas beberapa sebab teknikal. Pihak kami menyahut saranan dari pihak Yayasan Islam Kelantan agar diselaraskan sistem peperiksaan pada tahun ini dan sistem peperiksaan tersebut masih lagi dalam proses pembinaan.

Oleh yang demikian pihak kami mengambil jalan untuk memuat naik paparan keputusan peperiksaan kali ini menggunakan file PDF. Ibu bapa dapat melihat keputusan peperiksaan anak-anak dengan memuat turun file yang disediakan mengikut tingkatan.

Sekali lagi kami memohon kemaafan atas segala kesulitan dan kami mengucapkan setinggi tahniah kepada pelajar yang telah berjaya menduduki peperiksaan.

Hubungi Kami

Alamat : MAAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL ARIFIN
BERANGAN 16200, TUMPAT, KELANTAN.
Telefon : 09-7960130 / 09-7258979
Fax : 09-7960136 / 09-7255979
Email : mtstumpat(a)yik.edu.my
qr
  • Tarikh Kemaskini: Sabtu 16 03 2019.
Don't have an account yet? Register Now!

Log masuk ke akaun