Soalan lazim berkaitan dengan pembelajaran, sistem persekolahan, pentadbiran dan pelajar Maahad Tahfiz Sains Tumpat.

Syarat Permohonan dan Kelayakan:

Permohonan adalah terbuka kepada semua murid yang tamat sekolah rendah atau yang setaraf dengannya. Walaubagaimana pun, keutamaan diberikan kepada murid yang mendapat keputusan UPSR sekurang-kurangnya 4A 1B. Sesi temuduga akan dijalankan kepada murid yang layak.

Borang kemasukan pelajar baru akan dikeluarkan oleh Yayasan Islam Kelantan selepas peperiksaan UPSR. Borang tersebut boleh didapatkan di pejabat Yayasan Islam Kelantan atau di pejabat Maahad Tahfiz Sains Tumpat dan lain-lain sekolah Maahad Tahfiz Sains kelolaan YIK..

Ringkasan sistem pembelajaran:

Secara ringkasnya, sistem pembelajaran yang diguna pakai di Maahad Tahfiz Sains Tumpat adalah menggabungkan tiga sistem iaitu pengajian ilmu-ilmu al-Quran, ilmu diniah (arab & agama) dan ilmu akademik.

Selain daripada menghafaz 30 juzuk Al Quran, ilmu-ilmu pengajian Al-Quran adalah merangkumi ilmu qiraat, tajwid dll.

Manakala ilmu diniah diajar berasaskan sukatan universiti Al Azhar, Mesir yang telah disusun semula oleh Yayasan Islam Kelantan. Matapelajaran ini termasuk ilmu feqah, tauhid, hadis, mutalaah yang diajar dalam bahasa arab.

Sukatan akademik pula adalah berasaskan KBSM seperti mana yang diajar di sekolah menengah kebangsaan yang lain. Matapelajaran yang diajar adalah 9 sukatan matapelajaran untuk PMR seperti matematik, bahasa inggeris dan sains.

Selepas tamat tingkatan 3 dan menduduki PMR pelajar-pelajar ini akan diserap ke Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dan seterusnya menduduki SMU di tingkatan 4 dan SPM.

** Nota : MTST hanya menawarkan pengajian hingga ke tingkatan 3

Maklumat lanjut tentang sukatan tersebut boleh didapati diruangan muat turun, ataupun dengan menggunakan pautan pautan di bawah.

[ Pautan : Sukatan al-quran MTS Tumpat ]