Permohonan dan Syarat kemasukan ke Maahad Tahfiz Sains

 

1. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Murid-murid tahun 6 SK/SRK/SRJK/SRI atau setaraf dengannya pada tahun semasa adalah layak memohon masuk.
  • Keputusan UPSR pada tahun semasa 6A.
  • Borang permohonan boleh didapati di pejabat Yayasan Islam Kelantan / Maahad-maahad kawalan / dimuat turun dari laman web rasmi YIK www.yik.edu.my.
  • Permohonan dibuka selepas keputusan UPSR sehingga dua minggu selepas keputusan UPSR tahun semasa.
  • Borang permohonan hendaklah dihantar bersama dengan salinan Keputusan UPSR, Surat beranak, sijil-sijil akademik & ko-kurikulum dan Sijil Khatam Al-Quran (jika ada) yang telah disahkan.

 


 

 2. UJIAN KEMASUKAN

  • Semua pemohon WAJIB menduduki Ujian Kemasukan (lisan dan bertulis).
  • Tarikh-tarikh ujian akan ditentukan oleh pusat peperiksaan.

 


 

3. KEPUTUSAN

  • Keputusan ujian akan diumumkan sebelum sesi persekolah bermula.
  • Keputusan ujian boleh disemak atas talian.

 


 

4. PENGESAHAN

  • Pemohon yang berjaya dikehendaki mengesahkan penerimaan belajar di Maahad dalam masa (7) tujuh hari selepas keputusan ujian diumumkan.

 


 

5. MELAPOR DIRI

  • Pemohon yang berjaya dikehendaki melaporkan diri di Maahad sehari sebelum sesi persekolahan bermula.
  • Pemohon yang tidak melaporkan diri pada tarikh yang ditetapkan dianggap telah menolak tawaran belajar.